Tuesday, 16 June 2009

aku sayang la mesir..

salam wbt

scene 1

dua tiga hari lepas..dr Osama tanya aku..

"when i name you few words, give me a word to describe it..only a word..ok?"
"ok"
"mother"
"strict...ohh(salah laaa)...caring"
"egypt?"
"bad"(budak-budak lecture aku pun ketawa..sedangkan aku cuak..haha)
"malaysia?"
"heaven"(as always)

yang sebenarnya..egypt is not that bad..tapi aku saja la sebut bad..memandangkan aku pun tengah bosan..kalau cakap bad..mesti kecoh sket kan =)

ada masanya..aku sayang egypt lebih dari aku sayang malaysia..bila??mudah ja..bila tengok bola la..haha

scene 2

aku tengah sedap-sedap memasak kat dapur..hati tak berapa tenang sebenarnya..sebelum tu..pai ada bagitau..egypt lawan brazil puluk 5..aku nak tengok!!!!tapi aku kena masak..aduh..esok pulak exam..macam mana ni..takpa la..prioritize..masak la untuk osmet-osmet terchenta..tiba-tiba..rumah aku cam bergegar..ingat apa..rupanya egypt score..haha..aku pun buka la soccernet..owh 1-1 sama rupanya..patut la sorak sakan..

semangat dah membara ni..tapi aku terus jugak masak.hish..sampai la habis 1st half..aku pun check laptop..alamak..egypt da kena la..3-1..bengong btul..patut senyap je..haha..tup2..bangunan aku bergegar lagi..haa..ni mesti egypt da score ni..bagus..still,lauk aku tak masak lagi..sabar je lah.

tak sampai 1 minit..bergegar lagi bangunan ni..kali ni kaw-kaw punya..kat luar tu da kecoh gila ..siap ada baling mercun tuh..APA DAH JADI??aku pun berlari lah tengok laptop..tertera

brazil 3-3 egypt

ini tak boleh jadi..kena pegi ahwah(kedai kopi) ni..so aku bagitau partner aku..

"yasir..gulai tengah atas api lagi.nanti dah nak masak tu..pandai-pandai la masuk gula garam..bereh??"

aku pun dengan kalutnya..pegi ahwah..memang penuh pun..kedai kecik je..tapi dalam tu ada kot 100++..semangat kan diorang ni??..tu yang aku suka egypt tu..aku tak masuk pun actually..tengok kat cermin je..rimas la ramai-ramai sangat ni..arab-arab yang dok lalu lalang ni banyak pulak bertanya..dan aku pulak..jawab dengan penuh bangga..haha

"kam ya walad(berapa da)??"
"talata masr,talata brazil(mesir 3,brazil 3)"

tengah syiok-syiok layan eygpt menyerang tu..siaran boleh pulak hilang..aduhai

so pakcik kedai tu pun tungkus lumus la nak repair..nak tergelak aku..desperate habis semua orang..maklum lah..ada 15 minit lagi ni..dalam dia dok tukar-tukar chanel tu..tiba-tiba masuk pulak chanel politik mane ntah..hosni mubarak tengah bagi ucapan..haha..apa lagi bising la arab semua..

"aaaaaaaaaaaaaa....eh da??eh daa??(ni pekebenda ni??)

memang lawak gila..semua pun gelak..orang tengah tengok bola..keluar dia bagi ucapan pulak..apa kes..haha =))

last2..aku pun fed up..siaran yang dicari-cari..tak jugak sampai..so aku pun pergi kedai lain..tunggu nak buat ape kan..

sampai kedai daging..dah minit 88..tiba2..ada pulak orang tahan bola guna tangan..kaka ambil penalti..GOAL...4-3..siot la..aku tengok muka arab-arab ni..sedeh je..aku pun sebenarnya..sedeh jugak..penat nak dapat 3 sama tu..sia-sia btul..

apa-apa pun aku puas hati la..sokongan aku untuk egypt memang akan sampai bila-bila..i like to think so..nak sokong Malaysia..huh..sampai bila nak menang..

bukan aku nak jadi persimist..tapi itu la hakikatnya..dah 20 tahun aku sokong Malaysia..apa yang aku dapat..stress ada la..tapi bila malaysia lawan..aku sokong je =)

sampai kat rumah..aku pun rasa la gulai.erk..hahaha =)

itu la kisah nya..haha..i love egypt actually.

thanks for reading.have a nice day('',)

9 comments:

.::InTaN yaTi::. said...

salam. mr.owezsaidheaven..hehe
mmg sgt berdentum jugak la kt gamaah ni ritu.semangat gle and besar gle suare ore arab neh..huu~ syg mesir juak sih!
chaiyouk exm. ;)

din said...

wsalam..ha.itu bila diorg tgk bola..mmg xpikir ape dah..

makin lama makin syg..haha

gudluck jugak

sm said...

hilang stress study biochem jap bile bc entry kali ni.

haha:p

juwe 1st year said...

syg mesir juak???
sarawaki ke tu din??

din said...

sm..
good for u =)

juwe..
yang hamba tau..dia bukan la swak..
tp kawan2 dia of course la swak..haha

xpun spelling mistake je..

nadiahchem said...

salam. wah..gelak bahak2 bila baca part mother..'strict'.. ahhaahaa.. slipped tongue shows something kan?

lagi kelakar part 'yasir...gulai tgh atas api lagi..' haha. kalau la yasir tu peminat bola jugak. mesti cuak muka dia kena jaga api padahal osmet dia pegi tgk bola.

din said...

chem..

itu bukan slipped tongue kot..=)
ada cerita sebalik dia..mula2 doc tu tanya kan..

father?
tapi xsempat nak jwb da kuar
mother?
tu yg terkeluar strict tu..haa..hahaha

takpa..ysr kadang2 ja tgk bola..haha

shinnray said...

"sampai kat rumah..aku pun rasa la gulai.erk..hahaha =)"

kantoi~~ hahahah

semangat tol hang. bgs2

din said...

hahaha..

mmg la kena smgt =)

football 4 life