Sunday 29 April 2012

cerita orang mesir pilih pemimpin

Assalamualikum

Naik teksi merupakan satu lumrah kehidupan para pelajar di mesir.setiap kali menaiki teksi..ada 2 perkara yang akan berlaku.sama ada duduk diam mengelamun atau berbual bicara dengan si pemandu.

dulu-dulu,hanya perkara simple-simple saja yang di bualkan...namun kini setelah 6 tahun di sini, dan berkeupayaan untuk bertutur serba sedikit,saya lebih gemar bertanya perihal politik..siapa calon pilihan mereka..parti mana yang mereka sokong

terus terang saya katakan saya orang yang menyokong kuat gagasan ikhwan muslimin.jadi setiap kali saya berbual dengan pemandu teksi,sudah pasti saya akan teruja jika mereka suka atau mengundi sayap politik ikhwan iaitu parti kebebasan dan keadilan.

namun hati saya mulai resah sedikit kebelakangan ini,setiap kali di tanya kebanyakkan pemandu teksi.mereka menjawab, AMR MOUSSA..kadang kala AHMAD SYAFIQ..pelik,sungguh pelik sekali..

tidak pula kedengaran undi mahu diberikan pada MOHAMMAD MURSI atau ABOUL FUTOUH mahupun DR SALIM AWA..

ditanya kenapa mereka sokong golongan-golongan sekular ini

katanya cuma satu..MEREKA TAHU POLITIK..

saya tidak pasti dari mana sumber mereka..

namun,cuma satu konklusi saya buat masa ini,orang mesir jarang membaca,tidak mahu memahami sesuatu perkara,mungkin lebih suka mendengar berita..

mungkin juga kerana media di mesir yang berat sebelah,semua cerita seolah-olah calon-calon sekular itu lah yang terbaik dan calon islamis semuanya dungu belaka!

apa-apa pun.kita doakan yang terbaik buat mereka

saya doakan agar calon islamis menang pilihanraya nanti

Allahu musta'an