Sunday 27 September 2009

din kawen datang beraya =D

salam wbt

semoga anda semua berbahagia disamping keluarga..ini untuk kawan2 seuniversiti ya
bagi kawan2 di malaysia pula..selamat mula berlajar kembali..hahahaha
jangan tension2 okeh!!!

mari bercerita sedikit pasal raya..nak cerita semua tak larat la..banyak sangat
jadi kita ambil yang highlight je lah kan
jadi highlight raya tahun ni adalah..kunjungan din kawen ke rumah aku bersama isterinya..haha
alhamdulillah..sampai gak ko din umah aku =)

dialog mak...

"mak cik ni sebenaqnya dah lama nak tengok..mana dia din kawen ni..din(aku) dok selalu cerita"

ya mak..so dah jumpa dah din kawen..boleh tidoq lena la pasni..haha

presenting the pics..

mee udang~tebaek


the dins

the couple

haa..itu die..last2..orang jauh jugak yang mai beraya kat rumah..terima kasih din
aku doakan moga ko berbahagia la disamping isteri hingga ke anak cucu..dan di dunia hingga akhirat..amin

***

aku rasa la
people should stop calling me din bujang..
instead call me din arsenal ke..kan?
nama ni kan doa..dah semua asyik panggil bujang..
bila nak kawen camni..haha
tp sedap nama nih =)

itu saja
thanks for reading..have a nice day
salam


Thursday 17 September 2009

berbahagia di hari lebaran

pekebenda lebaran tu ha???

salam wbt

hmm..sekarang dah hari ke 27 ramadhan..
few more days..raya lah..
aku excited ke??tak jugak..50-50 kot..
sebab rasenya aku tak guna ramadhan sepenuhnya
so nak raya pun tak lah seronok mane
oh i miss ramadhan in egypt =(

but i welcome semua kawan yang baru balik =))
lama aku tunggu diorg ni..berjanggut dibuatnya
Allahmdulillah..bersua lagi kita nampaknya
rindu..serius rindu

kepada yang nak balik raya-raya ni..
bawa kereta/motor elok2
i've been in the hospital for two weeks
kesian gila tengok orang-orang yang eksiden ni
patah tulang la..pecah muka la
moga Allah jauhkan kita daripada ujian2 sebegitu
ingatlah orang yang tersayang =)


yang penting raya ni solat sunat raya tuh..
itu yang patut jadi keutamaan..
yang lain-lain tu adat kita orang melayu la
semua pun bagus =DD
bila dah tak puasa ni..makan tu jaga-jaga la sket..
jangan pulun sangat..haha
nak berhibur pun..jangan sampai melebih-lebih
sebulan dalam madrasah ramadhan..
alangkah rugi kalau kita lupa begitu sahaja
kan??

ok..di kesempatan ini
aku nak mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
JEMPUT LA DATANG RUMAH..KALAU BERANI..HAHAHA

kepada kawan-kawan semua
have a joyous eid..
makan sedap tu ingat-ingat sama kawan-kawan kita kat mesir nuh
hahaha

have a nice day

salam wbt

p/s : salam perantau..eventhough raya kat sini..bukan aku hantar weh =))

sila la tgk


Friday 11 September 2009

tudung ekin..haa??

its a phenomenon

salam wbt

lama dah nak tulis pasal ni..tapi sekarang baru rase ada idea..haha
sejurus meletakkan kaki di bumi melaysia tempoh hari..
actually..
aku ada rasakan..something has changed..
yaa..tudung..ada fesyen baru nampaknya..


"kak..ni tudung apa ni??awat semua orang pakai tudung macam ni??"

"haa..tu la hang,dok sana sgt..ni la tudung ekin..memang popular pon.."


"ooo ya ka"


mula-mula tengok..pelik je..macam tudung indon ler..
tp bila dah lama nampak..hmm..not bad la
(bukan aku keje aku dok mengUSHA pulak)
tapi..ada satu benda yang aku tak berapa suka..
tudung ni SINGKAT la
of course..mmg byk fesyen tudung ni..but mostly ramai orang pakai yang singkat ni
adakah ini menutup aurat..??
jom kita tgk contoh2 tudung ekin..

tudung ekin

bagi aku singkat ni

ni pulak??

tapi sebenarnya..ada jugak yang labuh..contohnya

amacam??
ini juga

enough with pictures..jom kita lihat sama-sama..firman Allah ini..surah an-Nur

“Katakanlah kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. Dan hendaklah mereka pun menutup kain kudung (tudung) ke dadanya.(Surah An-Nur ayat 31)

paham ke tak..takpa..lets make it in english..

And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (ordinarily) appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms(24:31)

Bosom = a woman breast or chest
*oxford university press

semoga apa yang aku ingin sampaikan..sampai..huhu
kepada kawan-kawan sekalian..selamat berbelanja..buatlah pilihan yang betul ya =)

sekian

thanks for reading..

salam

"sesungguhnya perubahan itu memakan masa"

Thursday 10 September 2009

ramblings 2



salam wbt

alhamdulillah..result exam dah lame(??) keluar
nak tunggu die kluar pun gile punya lama..
lulus..boleh naik tahun..
kepada yang success..tahniah..baka dari group 3 memang hebat belaka =DD
kepada yang tak bernasib baik..cuba lagi..
but before that..muhasabah la semula..
kenapa agaknya boleh jadi macam tu

sekarang dah masuk 10 malam terakhir
mula-mula aku ingat malam 20 tu termasuk la kan..hehe
rupanya kena start kire dari malam 21 la..baru cukup 10 terakhir =)

arshavin injured..he played 90 minutes for russia
how are we going the face the blue side of manchester without him..hish
in arsene we trust..bla bla bla
i HATE international..pfftsss

masih belum beli baju raya..kenapa agaknya..
mood belum sampai lagi kot..
solat raya tu yg penting..
yg lain semua adat(ye??)
jubah tahun lepas boleh pakai lagi ape
since aku teringat-ingat akak di hospital tu..
tak sampai hati nak shopping sangat

mari saya kenal kan..buah hati saya.hehe
mereka baru baik demam..
muka pun nampak sangat tak suka ubat =D

zarhan & zakwan

paksu mereka julai '88


itu sahaja..selamat beramal

wsalam

Thursday 3 September 2009

m i s k i n

dah hampir setengah ramadhan..bagaimana kita ya??

salam wbt

akak :doktor..saya nak kluaq boleh x?
doc :akak nak keluar kenapa..condition akak tak elok..saya tak sedap hati mau lepas akak balik..
akak: tapi saya tak boleh duduk sini lama-lama.saya tak dak duit.yang dulu pun saya tak bayaq lagi.dulu saya kena 57 ringgit.saya dan(sempat) bayaq 20 ja..yang lebih saya tak dak duit.saya nak kluaq doktor..
doc: takpa kak..saya check akak dulu..kalau stabil.nanti saya kasi kluaq ya..

doc pun buat sedikit procedure..nampaknya refleks akak ni tak berapa elok..(this patient's reflex is brisk,so im afraid that i can't let her go)

doc:akak..saya rasa condition akak memang tak elok la..u punya buah pinggang dah affected..la ni dah sampai ke otak..kalau akak balik.boleh kena sawan..dan kandungan akak boleh mati..
akak:saya tak ada duit...
doc:(berkata kepada HO yang ada disebelah) you all contact the jabatan kebajikan..see what they can do..diorang boleh bayar kan untuk akak ni ke..then she can stay here..

cuma rm57..akak tu tak mampu bayar..

kita(student) duit banyak..duit MARA..duit rakyat..jangan boros..jangan membazir..ramai lagi yang memerlukan diluar sana

sekian.terima kasih