Saturday, 26 February 2011

kasih sayang



Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
di dalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

batang selasih permainan budak
daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan

kalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga

5 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

congratz on wedding ! semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu cicit sekalian.

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

tahniah abg din buj.. eh2! kena panggil din kawen dah skrg... hehe...
semoga bahagida dunia akhirat di samping isteri tercinta...

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

barakAllahu lakuma

h n f h f z said...

barakAllahu lakuma

khalifatul ardh said...

Barakallahu lakuma ...

Post khas utk antuma berdua act..

http://islahmujahidin.blogspot.com/2011/02/tegakkanlah-rumah-tangga-muslim.html