sebuah kisah seorang ayah menanti kehadiran anak sulong!
3 AM :Waktu subuh 6 jun, isteri saya memberitahu,yang ada darah keluar tadi.jadi saya seperti bakal ayah yang lain membuat andaian,ini sudah tentu SHOW..mucous plug yang menahan baby dari turun ke bawah.Jadi saya beranggapan bahawa sudah tentu isteri saya akan mengalami false labour contraction mulai saat ini..
4 AM :Dalam lebih kurang pukul 4 pagi waktu mesir,bersamaan pukul 10 pagi waktu malaysia,kami sempat lagi menelefon emak di malaysia..bertanya khabar dan perancangan percutian mak dan abah di jakarta nanti..juga diminta agar didoakan proses bersalin berjalan lancar.
8 AM :Esoknya 7hb jun ada exam OSCE untuk round cardiothoracic..jadi kami berdua ke kelas dalam pukul 8 pagi kerana ada sesi ulangkaji khas untuk exam. sewaktu di dalam kelas,isteri saya mula mengadu kesakitan.katanya sakit pada bahagian belakang.sakit sangat sampai tidak selasa untuk duduk..maklum lah,kerusi dalam dewan kuliah kayunya keras..bertambah tidak selesa isteri saya dibuatnya.
Saya terus mendapatkan kawan baik saya fadhil untuk bertanya perihal orang nak bersalin.maklum lah dia orang yang punyai pengalaman..Atun, isteri Fadhil, memberitahu,kalau dah sakit belakang tu,memang tandanya nak bersalin dah.balik rumah ni kena timing selalu..antara masa sakit dan masa tak sakit...supaya kita boleh tahu...ini true labour pain atau false labour pain.
10 AM : lecturer sudah masuk,tidak sabar untuk memulakan kuliah untuk hari ini.namun isteri saya sudah tidak dapat tahan lagi..jadi saya memberanikan diri untuk terus saja keluar dari dewan kuliah.isteri saya ikut di belakang. setelah berada diluar saya menelefon Dr Amira, doktor O&G isteri saya.saya bertanya perihal BUSCOPAN.adakah ini dapat membantu isteri saya. katanya..silalah cuba mungkin ini dapat membantu.
saya terus pergi ke farmasi yang terdekat.harganya cuma LE3.50.namun harapan saya tinggi,moga-moga ubat ini boleh hentikan sakit isteri saya..delay the labour.dan kami dapat masuk exam OSCE esoknya.rugi kalau terlepas exam.
11 AM : sejurus sampai di rumah, isteri saya meminta agar Umi( mak mentua saya) memasak air..katanya untuk dibuat tuam..sakit belakang semakin menjadi-jadi..dalam keadaan kalut tersebut,umi yang ternyata sedang asyik menjahit baju,terus ke dapur dan mengambil periuk lalu memasak air di atas dapur.
saya pelik dan saya katakan pada umi..buat apa masak air atas dapur,kan kita ada heater..pakai heater kan senang..kami tergelak sesama sendiri dengan gelagat umi yang dilihat agak kalut di situ..senyuman masih lagi terbit dari muka isteri saya ketika ini.
12 NOON : Azan Zohor mula berkumandang.isteri saya hanya mampu berada diatas katil menahan sakit.berdasarkan timer yang ada pada saya..contraction pain datang setiap 7-8 minit..kadang-kadang pula,setiap 3-4 minit.saya katakan pada diri saya,mungkin ini false contraction..sebab tidak fixed sela masanya.
1 PM : saya membuka beg ubat-ubat homeopathy yang dibawa oleh umi..ini semua pemberian kak long..ada pil selusuh..katanya kalau makan pil ni,ibu akan senang nak bersalin..jadi saya call kak long di kuantan..bertanya perihal pil selusuh ni..kak long kata..ambillah pil tu setiap kali sakit,mudah-mudahan insyaAllah dipermudah anak nak keluar.
2 PM : contraction mula berlaku pada fixed rate..setiap 5 minit.pasti isteri saya mengadu kesakitan.saya membuat keputusan untuk menelefon dr Amira dan katakan padanya yang kami sudah ingin ke hospital..isteri saya sudah tidak mampu bertahan lagi..dia mengiya kan.dan kami terus bersiap siaga.
Bermai-main di kepala saya,ketika turun ke bawah rumah tadi,jalan penuh sesak..mesti lambat kalau nak sampai ke hospital..tambahan pulak.hospital Badrawy tidaklah dekat..boleh tahan juga jaraknya dari rumah kami..namun tidak mengapa..tawakkal sajalah..insyaAllah adalah tu teksi yang nak berhenti.
3 PM : Kami sampai di hospital.isteri saya kelihatan sangat sakit setiap kali ada contraction.sedih saya melihat,apabila dia ingin keluar dari teksi,tiba-tiba contraction datang,namun beliau sabar menanti contraction itu hilang.
Setelah masuk ke dalam hospital..pihak reception meminta passort. Ya Allah.tak ada siapa pulak bagitahu kena bawa passport.dalam kalut-kalut mana ingat nak kena bawa passport.dan dalam ingatan saya juga, dr Amirah sudah ingatkan..kalau sampai saja di hospital,terus admit ke dalam ward, sebab dia dah uruskan semua dengan pihak hospital.namun ternyata pihak hospital lambat tanggap perkara ni..jadi terpaksa isteri saya menanggung kesakitan di depan lift.
Mujur ada juga orang yang prihatin..pihak reception sekali lagi meminta passport yang sudah ternyata kami tidak bawa.terdapat seorang lelaki arab berdekatan dengan isteri saya,dia memarahi pihak hospital tersebut..katanya isteri saya sudah sangat kesakitan..lupakan dulu bab passport itu semua.
3.15 PM : kami ditunjukkan ke ward 407..memang dari dulu lagi sudah saya katakan pada pada dr Amirah, saya serahkan segala urusan berkenaan hospital pada beliau.jadi Alhamdulillah,dia telah menempah bilik 1st class buat kami.. 1 bilik besar, 1 katil dan 1 bilik air..semuanya tidak perlu dikongsi.lengkap dengan peti sejuk,tv dan air-cond.
3.30 PM : Dr Amirah tiba di hospital.terus dia pergi ke ward kami. sejurus dia masuk ke dalam ward,dia melakukan pemeriksaan PV untuk meninjau pembukaan bahagian serviks. dia kelihatan tenang,namun terpancar rasa kurang senang pada wajahnya.saya hanya mampu melihat Afifah menahan kesakitan,tanpa dapat berbuat apa-apa..kadang-kala terasa sebak juga,hingga hampir-hampir mengalirkan air mata mengenangkan kesakitan yang di tanggungnya.
Selesai melakukan pemeriksaan PV..dr Amirah keluar daripada bilik kami dan memanggil saya keluar.hati saya mula tidak keruan.cuma Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.selalunya di dalam drama-drama tv,kalau dr memanggil ahli keluarga sudah tentu ada sesuatu yang terjadi. saya menguatkan diri lantas bangun pergi berjumpa dengan Dr.
dr amira :we actually have a slightly difficult situation here. during the PV i can feel that the cervix is dilated so well but the actually problem is that,your baby is high up in the abdomen.
me : how much the cervix is dilated now dr?
dr amira : around 8cm..i dont know why,the uterine contraction is good..in fact it is strong,but the baby is still not engaged.if this situation persist,i think we might need Cesarean section (CS). the baby also is actually in occipito posterior.all this make things more difficult. but lets wait and hope that the baby will descend after this.
me : if we wait dr, can the baby actually come down into the pelvis?
dr amira : it may come down..but it just have the chance of 2-3 %...
me: (terkedu)
dr amira : we will wait..after 30 mins..i will check again..don't worry..i'll be here
4.30 PM : dr Amira datang semula ke bilik kami.bersama dengannya seorang nurse yang membawa alat untuk memecahkan air ketuban.kata dr kalau dipecahkan air itu..kebarangkalian baby turun itu ada..5 minit berlalu, dr mengulangi prosedur PV..namun mukanya hampa..
''no change"..baby is still high up..dr memberi masa lebih kurang 30 minit saja lagi..kalau PV kali ke 3 nanti,baby masih belum turun..dia akan melakukan CS..kerana katanya..kalau dibiarkan lebih lama.kemungkinan baby akan distress dan ibu pula akan keletihan..
saya menyuruh afifah bangun lantas memceritakan semua yang telah dibincangkan dengan dr.saya menyarankan dia untuk duduk..moga-moga baby akan turun dengan tarikan gravity..semua belt yang dipasang untuk CTG juga saya minta dia buka..di saat ini..isteri saya mula meminta epidural anaesthesia..kerana baginya..kesakitan itu sudah tidak dapat ditahan lagi..kerana terlalu sedih saya meminta agar dr segera memasukkan epidural anaesthesia kepadanya secepat munkin..
5 PM : saya menelefon fadhil,memberitahunya yang kami sudah di hospital..dia dan atun agak terkejut..kerana terlalu cepat masa yang diambil oleh isteri saya untuk sampai ke tahap sekarang.saya menceritakan masalah yang dihadapi sambil meminta beliau memberitahu rakan-rakan yang lain untuk turut sama berdoa supaya mudah-mudahan baby saya senang turun dan tidak perlukan CS.
5.30 PM : saya hanya dapat berdoa..kata-kata dr amira terus bermain di kepala saya..only 2 to 3 percent of the baby in this kind of situation descend.saya turut menyuruh umi yang berada di hujung bilik untuk turun berdoa dengan saya..dengan penuh harapan saya berharap agar Allah mempermudah urusan kami sekeluarga!
Dr amira masuk ke dalam bilik saya..peluh mula membasahi muka saya..rasa takut yang amat sangat..pada masa ini...semua pengharapan hanya pada Alla
MASYAALLAH..SUBHANALLAH...THE BABY DESCEND!!! THIS IS VERY GOOD..INSYAALLAH AFIFAH WILL DELIVER NORMALLY...
hampir bercucuran air mata saya..tidak disangka-sangka..2 hingga 3 peratus itu jatuh pada kami sekeluarga..alhamdulillah..
6 PM : seorang nurse datang pada saya dan menghulurkan scrub..katanya dr amira suruh masuk OR..baby dah hampir keluar..
Alhamdulillah...pada jam 6 petang 6 hb 6 2012 bersamaan 16 Rejab..seorang lagi mujahid lahir ke dunia!
dengan alunan azan dan iqamat saya menyambut kehadiran Muhammad Ammar ke dunia
Abu Ammar
16 jun 2012
Saturday, 16 June 2012
Sunday, 29 April 2012
cerita orang mesir pilih pemimpin
Assalamualikum
Naik teksi merupakan satu lumrah kehidupan para pelajar di mesir.setiap kali menaiki teksi..ada 2 perkara yang akan berlaku.sama ada duduk diam mengelamun atau berbual bicara dengan si pemandu.
dulu-dulu,hanya perkara simple-simple saja yang di bualkan...namun kini setelah 6 tahun di sini, dan berkeupayaan untuk bertutur serba sedikit,saya lebih gemar bertanya perihal politik..siapa calon pilihan mereka..parti mana yang mereka sokong
terus terang saya katakan saya orang yang menyokong kuat gagasan ikhwan muslimin.jadi setiap kali saya berbual dengan pemandu teksi,sudah pasti saya akan teruja jika mereka suka atau mengundi sayap politik ikhwan iaitu parti kebebasan dan keadilan.
namun hati saya mulai resah sedikit kebelakangan ini,setiap kali di tanya kebanyakkan pemandu teksi.mereka menjawab, AMR MOUSSA..kadang kala AHMAD SYAFIQ..pelik,sungguh pelik sekali..
tidak pula kedengaran undi mahu diberikan pada MOHAMMAD MURSI atau ABOUL FUTOUH mahupun DR SALIM AWA..
ditanya kenapa mereka sokong golongan-golongan sekular ini
katanya cuma satu..MEREKA TAHU POLITIK..
saya tidak pasti dari mana sumber mereka..
namun,cuma satu konklusi saya buat masa ini,orang mesir jarang membaca,tidak mahu memahami sesuatu perkara,mungkin lebih suka mendengar berita..
mungkin juga kerana media di mesir yang berat sebelah,semua cerita seolah-olah calon-calon sekular itu lah yang terbaik dan calon islamis semuanya dungu belaka!
apa-apa pun.kita doakan yang terbaik buat mereka
saya doakan agar calon islamis menang pilihanraya nanti
Allahu musta'an
Naik teksi merupakan satu lumrah kehidupan para pelajar di mesir.setiap kali menaiki teksi..ada 2 perkara yang akan berlaku.sama ada duduk diam mengelamun atau berbual bicara dengan si pemandu.
dulu-dulu,hanya perkara simple-simple saja yang di bualkan...namun kini setelah 6 tahun di sini, dan berkeupayaan untuk bertutur serba sedikit,saya lebih gemar bertanya perihal politik..siapa calon pilihan mereka..parti mana yang mereka sokong
terus terang saya katakan saya orang yang menyokong kuat gagasan ikhwan muslimin.jadi setiap kali saya berbual dengan pemandu teksi,sudah pasti saya akan teruja jika mereka suka atau mengundi sayap politik ikhwan iaitu parti kebebasan dan keadilan.
namun hati saya mulai resah sedikit kebelakangan ini,setiap kali di tanya kebanyakkan pemandu teksi.mereka menjawab, AMR MOUSSA..kadang kala AHMAD SYAFIQ..pelik,sungguh pelik sekali..
tidak pula kedengaran undi mahu diberikan pada MOHAMMAD MURSI atau ABOUL FUTOUH mahupun DR SALIM AWA..
ditanya kenapa mereka sokong golongan-golongan sekular ini
katanya cuma satu..MEREKA TAHU POLITIK..
saya tidak pasti dari mana sumber mereka..
namun,cuma satu konklusi saya buat masa ini,orang mesir jarang membaca,tidak mahu memahami sesuatu perkara,mungkin lebih suka mendengar berita..
mungkin juga kerana media di mesir yang berat sebelah,semua cerita seolah-olah calon-calon sekular itu lah yang terbaik dan calon islamis semuanya dungu belaka!
apa-apa pun.kita doakan yang terbaik buat mereka
saya doakan agar calon islamis menang pilihanraya nanti
Allahu musta'an
Friday, 2 March 2012
setahun sudah berlalu
salam wbt
its been a year now..
the blessed day was on 26/2/2011
today is 2/3/2012
masa memang cepat berlalu..
meninggalkan kita..tanpa kita sedar.
bagi yang lalai,masa dilihat berlalu begitu sahaja..
bagi yang peka,ia satu benda yang berharga
bagi suatu tempoh yang berlalu
perlu ada
wajib ada
sesi muhasabah..
apa yang kurang ditambah
apa yang terlebih,kurangkan
mana yang salah,cepat-cepat betulkan
betul orang tua-tua kata
nak matang cepat
KAHWIN LA CEPAT
kheir insyaAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)