Thursday, 25 June 2009

sabar..ini namanya dugaan =)

salam wbt

aku tahu sekarang ni study leave..tapi nak buat macam mana..terasa juga nak berkongsi sedikit pengalaman ini..

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."(2:214)

aku kena gastroenteritis..tak tahu kah?google saja =)

seksa gila..3 hari study leave aku burn..menggigil tak pasal-pasal..tido dari pagi sampai petang..ambil ubat pulak..rupa-rupanya tak cukup kuat..apa-apa pun..aku percaya..semua ni ada hikmahnya..

hari pertama..aku dalam istilah medic nya constipated..kembung habis..masuk hari ketiga pulak..sampai tak larat dah nak masuk tandas..diarhoea(lantak la salah eja ke)..buat pengetahuan semua..ini la symptoms nya..kalau ada jaga-jaga okeh???

owh..hari ke2 seperti kosong je..tidak sekali-kali tidak..i had episodes of nausea and vomitted a lot..juga sampai tak larat(dehydrated la katakan)..

betul lah sabda nabi..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..antaranya..sihat sebelum sakit..bagi kawan2 yang tengah dok studi kuat gila-gila tu..nasihat aku..jaga makanan..maklum la..musim panas ni muska domestica(lalat local mari) byk weh..

ok..sekarang masuk pula pada tips untuk ke hospital..bagi yang sakit tu..aku cadangkan pergi la hospital SALAMA..yang dekat University tu..pastu naik tingkat 3..pergi ke out patient department..daftar..dan bgtau dia ko sakit apa..nanti diorg akan referkan ko lah untuk ke doktor yang sesuai..mudah kan..

tapi kalau korang sakit gila-gila..pergi terus la ke 'emergency'.no hal punya =)

of course aku tau..klinik2 sini mmg byk yg bengong(based on my own experience)..tapi hospital ni alhamdulillah..bagus laa =) aku bagi 5 stars la..hehe...bayar memang la mahal..nak berkire buat apa..sia-sia mara bg duit banyak-banyak =p

itu saja..doakan aku cepat sembuh seperti sediakala ok!!!AMIN

exam pun dah tak lama..6 hari lagi..huhu

till then..wsalam

p/s: terima kasih yang tak terhingga kepada zainal yang sudi teman aku pergi hospital..dan dia jugak yang susah payah gi cari ayam panggang sebab doktor tak bagi makan benda-benda lain..so sweet kan..muahahah =p

terima kasih jugak pada din ngan muaz..yang telah berjaya hilangkan tension aku..orang lain study sampai pukul 2 3 pagi..kita boleh pulak tengok rancangan mecari menantu..haha('',)

Friday, 19 June 2009

new signing new hope

salam wbt..



this is our new signings..thomas vermaelean..the press said that he is a versetile player..lets hope he is..haha..its good that we'll start the new season with some new faces..others clubs just make rumours..but we do buy someone..indeed this is a good ^^


he is tall..not like the so called headless chicken *********

Thursday, 18 June 2009

dekat-dekat nak exam ni...

salam wbt..

sebagaimana yang kita semua tahu..exam kita pun dah tak lama lagi..pejam celik,pejam celik..bagi 3rd year,1 julai pun sampai..so sejauh mana kita manfaatkan study leave ni..terpulanglah pada kita..

jadi kat sini aku nak berkongsi sikit la..petua-petua yang aku ada..untuk memudahkan kita studi nanti..tak banyak pun..DUA je..straight to the point..yang PERTAMA..sentiasa jaga hubungan kita dengan kawan-kawan..kenapa ya??senang je..katakanlah kita ada masalah ke,gaduh ke,konfrontasi ke..dengan siapa-siapa kawan kita..tak ke susah nak concentrate nak baca buku nanti..nak buat itu tak kena..nak buat ini tak kena..kenapa??ye lah asyik teringat benda tu je..

korang pun masing-masing dah besar..bukan tak tahu pun kan..kalau ada tu..apa kata..minta maaf balik.settle cepat-cepat.insyaAllah kheir..

yang KEDUA..sentiasa dekatkan diri dengan Allah..bila nak exam ni..sama-sama lah kita tambah amalan-amalan kita..perbanyakkan solat-solat sunat..banyakkan doa..macam yang kita tahu..success bukan hanya bergantung pada berapa banyak kita baca buku semata-mata..dalam dewan nanti pada Allah jua kita berharap..

namun..kata-kata zainal minggu lepas still aku tak lupa(lebih kurang la bunyinya)..

"kalau kita tengok,bila nak exam je..semua pun makin banyak beribadat,solat awal,solat sunat pun rajin,puasa dan lain-lain lah..tp kawan-kawan kita kena ingat..bukan masa exam je kita kena dekatkan diri dengan Allah..waktu-waktu lain pun sama..jadi kalau musim exam ni kita boleh berubah..harap kawan-kawan istiqamah lah..inshaAllah"

jadi sama-sama lah kita ambil pengajaran..

lepas ni nak kena stop kejap la blog ke..facebook ke..frenster ke..twitter ke..sume-sume la..(beriye pulak aku ni..kita tgk la macam mana..haha)

selamat mengulang kaji pada semua..sentiasa ikhlaskan niat..
bagi yang nak balik malaysia tu..sama-sama kita jadikan ia perangsang untuk makin kuat blaja..hehe..yahooo!!!

till then..have a nice day('',)


ps:weh..jom layan cenfed cup dulu..mesir main lawa..hehe(tgk gambar atas..ada kat msia??)

kata-kata tunku

salam wbt..sekadar berkongsi..

"u must always remember no matter how high you climb up, you must come down the same way. Be good to those you meet on the way up. When you come down you will meet them again, unless of course you decided to jump down and break your neck"

tunku abdul rahman

kawan-kawan semua..jom kita studi ya..exam dah dekat
('',)

Tuesday, 16 June 2009

aku sayang la mesir..

salam wbt

scene 1

dua tiga hari lepas..dr Osama tanya aku..

"when i name you few words, give me a word to describe it..only a word..ok?"
"ok"
"mother"
"strict...ohh(salah laaa)...caring"
"egypt?"
"bad"(budak-budak lecture aku pun ketawa..sedangkan aku cuak..haha)
"malaysia?"
"heaven"(as always)

yang sebenarnya..egypt is not that bad..tapi aku saja la sebut bad..memandangkan aku pun tengah bosan..kalau cakap bad..mesti kecoh sket kan =)

ada masanya..aku sayang egypt lebih dari aku sayang malaysia..bila??mudah ja..bila tengok bola la..haha

scene 2

aku tengah sedap-sedap memasak kat dapur..hati tak berapa tenang sebenarnya..sebelum tu..pai ada bagitau..egypt lawan brazil puluk 5..aku nak tengok!!!!tapi aku kena masak..aduh..esok pulak exam..macam mana ni..takpa la..prioritize..masak la untuk osmet-osmet terchenta..tiba-tiba..rumah aku cam bergegar..ingat apa..rupanya egypt score..haha..aku pun buka la soccernet..owh 1-1 sama rupanya..patut la sorak sakan..

semangat dah membara ni..tapi aku terus jugak masak.hish..sampai la habis 1st half..aku pun check laptop..alamak..egypt da kena la..3-1..bengong btul..patut senyap je..haha..tup2..bangunan aku bergegar lagi..haa..ni mesti egypt da score ni..bagus..still,lauk aku tak masak lagi..sabar je lah.

tak sampai 1 minit..bergegar lagi bangunan ni..kali ni kaw-kaw punya..kat luar tu da kecoh gila ..siap ada baling mercun tuh..APA DAH JADI??aku pun berlari lah tengok laptop..tertera

brazil 3-3 egypt

ini tak boleh jadi..kena pegi ahwah(kedai kopi) ni..so aku bagitau partner aku..

"yasir..gulai tengah atas api lagi.nanti dah nak masak tu..pandai-pandai la masuk gula garam..bereh??"

aku pun dengan kalutnya..pegi ahwah..memang penuh pun..kedai kecik je..tapi dalam tu ada kot 100++..semangat kan diorang ni??..tu yang aku suka egypt tu..aku tak masuk pun actually..tengok kat cermin je..rimas la ramai-ramai sangat ni..arab-arab yang dok lalu lalang ni banyak pulak bertanya..dan aku pulak..jawab dengan penuh bangga..haha

"kam ya walad(berapa da)??"
"talata masr,talata brazil(mesir 3,brazil 3)"

tengah syiok-syiok layan eygpt menyerang tu..siaran boleh pulak hilang..aduhai

so pakcik kedai tu pun tungkus lumus la nak repair..nak tergelak aku..desperate habis semua orang..maklum lah..ada 15 minit lagi ni..dalam dia dok tukar-tukar chanel tu..tiba-tiba masuk pulak chanel politik mane ntah..hosni mubarak tengah bagi ucapan..haha..apa lagi bising la arab semua..

"aaaaaaaaaaaaaa....eh da??eh daa??(ni pekebenda ni??)

memang lawak gila..semua pun gelak..orang tengah tengok bola..keluar dia bagi ucapan pulak..apa kes..haha =))

last2..aku pun fed up..siaran yang dicari-cari..tak jugak sampai..so aku pun pergi kedai lain..tunggu nak buat ape kan..

sampai kedai daging..dah minit 88..tiba2..ada pulak orang tahan bola guna tangan..kaka ambil penalti..GOAL...4-3..siot la..aku tengok muka arab-arab ni..sedeh je..aku pun sebenarnya..sedeh jugak..penat nak dapat 3 sama tu..sia-sia btul..

apa-apa pun aku puas hati la..sokongan aku untuk egypt memang akan sampai bila-bila..i like to think so..nak sokong Malaysia..huh..sampai bila nak menang..

bukan aku nak jadi persimist..tapi itu la hakikatnya..dah 20 tahun aku sokong Malaysia..apa yang aku dapat..stress ada la..tapi bila malaysia lawan..aku sokong je =)

sampai kat rumah..aku pun rasa la gulai.erk..hahaha =)

itu la kisah nya..haha..i love egypt actually.

thanks for reading.have a nice day('',)

Sunday, 14 June 2009

jangan tertipu

ini kata-kata saudara saya Muhammad b Hasbullah..saya berkongsi kerana tertarik..

The internet is not for those who don't understand the 6th ayah of surah alHujurat.

"O you who believe! If a Fasiq (liar — evil person) comes to you with any news, verify it, lest you should harm people in ignorance, and afterwards you become regretful for what you have done" Al-Hujraat (6)

it (the internet) is highly manipulative, provocative and deceptive. you need to be spiritually strong not to be influenced. it is never the best place to know people, let alone fathom

***
to me..
i
t depends actually,
but still i like it..

Thursday, 11 June 2009

aku tak faham dunia

this comes from deep inside

salam wbt

aku cakap betul la..makin lama aku hidup..makin aku tak faham dunia ni..

5 tahun aku duduk kat koleq..hidup aku aman duh..haha..keje blaja je..kerenah orang sekeliling aku pun tak banyak..budak-budak ni pun tak ada nak gaduh apa-apa..paling kuat pun gado pasal jambu..*geli*..bodoh kan?

"kamu duduk kat sini,kamu tak kan paham apa..bila kamu keluar nanti,baru kamu tahu..dunia ni macam mana.."

tu kata cikgu aku..masa tu aku tak paham apa pun..ape benda sebenarnya kat dunia luar tu..sigh..

woho..sekarang dah tahu ke??nope.not really..dunia ni kompleks..
apa yang susah sebenarnya..

bagi aku(korang aku tak tahu la)
apa yang susah adalah untuk berdepan dengan masyarakat

its about how you present yourself to others..
and their acceptance..

bukan senang nak puaskan hati semua pihak..
kadang-kadang buat ini salah..
buat itu salah..
tak buat langsung salah...

ini dunia aku..dunia kamu pula??

thanks for reading.