Saturday, 16 June 2012
Selamat datang anakandaku, Ammar !
3 AM :Waktu subuh 6 jun, isteri saya memberitahu,yang ada darah keluar tadi.jadi saya seperti bakal ayah yang lain membuat andaian,ini sudah tentu SHOW..mucous plug yang menahan baby dari turun ke bawah.Jadi saya beranggapan bahawa sudah tentu isteri saya akan mengalami false labour contraction mulai saat ini..
4 AM :Dalam lebih kurang pukul 4 pagi waktu mesir,bersamaan pukul 10 pagi waktu malaysia,kami sempat lagi menelefon emak di malaysia..bertanya khabar dan perancangan percutian mak dan abah di jakarta nanti..juga diminta agar didoakan proses bersalin berjalan lancar.
8 AM :Esoknya 7hb jun ada exam OSCE untuk round cardiothoracic..jadi kami berdua ke kelas dalam pukul 8 pagi kerana ada sesi ulangkaji khas untuk exam. sewaktu di dalam kelas,isteri saya mula mengadu kesakitan.katanya sakit pada bahagian belakang.sakit sangat sampai tidak selasa untuk duduk..maklum lah,kerusi dalam dewan kuliah kayunya keras..bertambah tidak selesa isteri saya dibuatnya.
Saya terus mendapatkan kawan baik saya fadhil untuk bertanya perihal orang nak bersalin.maklum lah dia orang yang punyai pengalaman..Atun, isteri Fadhil, memberitahu,kalau dah sakit belakang tu,memang tandanya nak bersalin dah.balik rumah ni kena timing selalu..antara masa sakit dan masa tak sakit...supaya kita boleh tahu...ini true labour pain atau false labour pain.
10 AM : lecturer sudah masuk,tidak sabar untuk memulakan kuliah untuk hari ini.namun isteri saya sudah tidak dapat tahan lagi..jadi saya memberanikan diri untuk terus saja keluar dari dewan kuliah.isteri saya ikut di belakang. setelah berada diluar saya menelefon Dr Amira, doktor O&G isteri saya.saya bertanya perihal BUSCOPAN.adakah ini dapat membantu isteri saya. katanya..silalah cuba mungkin ini dapat membantu.
saya terus pergi ke farmasi yang terdekat.harganya cuma LE3.50.namun harapan saya tinggi,moga-moga ubat ini boleh hentikan sakit isteri saya..delay the labour.dan kami dapat masuk exam OSCE esoknya.rugi kalau terlepas exam.
11 AM : sejurus sampai di rumah, isteri saya meminta agar Umi( mak mentua saya) memasak air..katanya untuk dibuat tuam..sakit belakang semakin menjadi-jadi..dalam keadaan kalut tersebut,umi yang ternyata sedang asyik menjahit baju,terus ke dapur dan mengambil periuk lalu memasak air di atas dapur.
saya pelik dan saya katakan pada umi..buat apa masak air atas dapur,kan kita ada heater..pakai heater kan senang..kami tergelak sesama sendiri dengan gelagat umi yang dilihat agak kalut di situ..senyuman masih lagi terbit dari muka isteri saya ketika ini.
12 NOON : Azan Zohor mula berkumandang.isteri saya hanya mampu berada diatas katil menahan sakit.berdasarkan timer yang ada pada saya..contraction pain datang setiap 7-8 minit..kadang-kadang pula,setiap 3-4 minit.saya katakan pada diri saya,mungkin ini false contraction..sebab tidak fixed sela masanya.
1 PM : saya membuka beg ubat-ubat homeopathy yang dibawa oleh umi..ini semua pemberian kak long..ada pil selusuh..katanya kalau makan pil ni,ibu akan senang nak bersalin..jadi saya call kak long di kuantan..bertanya perihal pil selusuh ni..kak long kata..ambillah pil tu setiap kali sakit,mudah-mudahan insyaAllah dipermudah anak nak keluar.
2 PM : contraction mula berlaku pada fixed rate..setiap 5 minit.pasti isteri saya mengadu kesakitan.saya membuat keputusan untuk menelefon dr Amira dan katakan padanya yang kami sudah ingin ke hospital..isteri saya sudah tidak mampu bertahan lagi..dia mengiya kan.dan kami terus bersiap siaga.
Bermai-main di kepala saya,ketika turun ke bawah rumah tadi,jalan penuh sesak..mesti lambat kalau nak sampai ke hospital..tambahan pulak.hospital Badrawy tidaklah dekat..boleh tahan juga jaraknya dari rumah kami..namun tidak mengapa..tawakkal sajalah..insyaAllah adalah tu teksi yang nak berhenti.
3 PM : Kami sampai di hospital.isteri saya kelihatan sangat sakit setiap kali ada contraction.sedih saya melihat,apabila dia ingin keluar dari teksi,tiba-tiba contraction datang,namun beliau sabar menanti contraction itu hilang.
Setelah masuk ke dalam hospital..pihak reception meminta passort. Ya Allah.tak ada siapa pulak bagitahu kena bawa passport.dalam kalut-kalut mana ingat nak kena bawa passport.dan dalam ingatan saya juga, dr Amirah sudah ingatkan..kalau sampai saja di hospital,terus admit ke dalam ward, sebab dia dah uruskan semua dengan pihak hospital.namun ternyata pihak hospital lambat tanggap perkara ni..jadi terpaksa isteri saya menanggung kesakitan di depan lift.
Mujur ada juga orang yang prihatin..pihak reception sekali lagi meminta passport yang sudah ternyata kami tidak bawa.terdapat seorang lelaki arab berdekatan dengan isteri saya,dia memarahi pihak hospital tersebut..katanya isteri saya sudah sangat kesakitan..lupakan dulu bab passport itu semua.
3.15 PM : kami ditunjukkan ke ward 407..memang dari dulu lagi sudah saya katakan pada pada dr Amirah, saya serahkan segala urusan berkenaan hospital pada beliau.jadi Alhamdulillah,dia telah menempah bilik 1st class buat kami.. 1 bilik besar, 1 katil dan 1 bilik air..semuanya tidak perlu dikongsi.lengkap dengan peti sejuk,tv dan air-cond.
3.30 PM : Dr Amirah tiba di hospital.terus dia pergi ke ward kami. sejurus dia masuk ke dalam ward,dia melakukan pemeriksaan PV untuk meninjau pembukaan bahagian serviks. dia kelihatan tenang,namun terpancar rasa kurang senang pada wajahnya.saya hanya mampu melihat Afifah menahan kesakitan,tanpa dapat berbuat apa-apa..kadang-kala terasa sebak juga,hingga hampir-hampir mengalirkan air mata mengenangkan kesakitan yang di tanggungnya.
Selesai melakukan pemeriksaan PV..dr Amirah keluar daripada bilik kami dan memanggil saya keluar.hati saya mula tidak keruan.cuma Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.selalunya di dalam drama-drama tv,kalau dr memanggil ahli keluarga sudah tentu ada sesuatu yang terjadi. saya menguatkan diri lantas bangun pergi berjumpa dengan Dr.
dr amira :we actually have a slightly difficult situation here. during the PV i can feel that the cervix is dilated so well but the actually problem is that,your baby is high up in the abdomen.
me : how much the cervix is dilated now dr?
dr amira : around 8cm..i dont know why,the uterine contraction is good..in fact it is strong,but the baby is still not engaged.if this situation persist,i think we might need Cesarean section (CS). the baby also is actually in occipito posterior.all this make things more difficult. but lets wait and hope that the baby will descend after this.
me : if we wait dr, can the baby actually come down into the pelvis?
dr amira : it may come down..but it just have the chance of 2-3 %...
me: (terkedu)
dr amira : we will wait..after 30 mins..i will check again..don't worry..i'll be here
4.30 PM : dr Amira datang semula ke bilik kami.bersama dengannya seorang nurse yang membawa alat untuk memecahkan air ketuban.kata dr kalau dipecahkan air itu..kebarangkalian baby turun itu ada..5 minit berlalu, dr mengulangi prosedur PV..namun mukanya hampa..
''no change"..baby is still high up..dr memberi masa lebih kurang 30 minit saja lagi..kalau PV kali ke 3 nanti,baby masih belum turun..dia akan melakukan CS..kerana katanya..kalau dibiarkan lebih lama.kemungkinan baby akan distress dan ibu pula akan keletihan..
saya menyuruh afifah bangun lantas memceritakan semua yang telah dibincangkan dengan dr.saya menyarankan dia untuk duduk..moga-moga baby akan turun dengan tarikan gravity..semua belt yang dipasang untuk CTG juga saya minta dia buka..di saat ini..isteri saya mula meminta epidural anaesthesia..kerana baginya..kesakitan itu sudah tidak dapat ditahan lagi..kerana terlalu sedih saya meminta agar dr segera memasukkan epidural anaesthesia kepadanya secepat munkin..
5 PM : saya menelefon fadhil,memberitahunya yang kami sudah di hospital..dia dan atun agak terkejut..kerana terlalu cepat masa yang diambil oleh isteri saya untuk sampai ke tahap sekarang.saya menceritakan masalah yang dihadapi sambil meminta beliau memberitahu rakan-rakan yang lain untuk turut sama berdoa supaya mudah-mudahan baby saya senang turun dan tidak perlukan CS.
5.30 PM : saya hanya dapat berdoa..kata-kata dr amira terus bermain di kepala saya..only 2 to 3 percent of the baby in this kind of situation descend.saya turut menyuruh umi yang berada di hujung bilik untuk turun berdoa dengan saya..dengan penuh harapan saya berharap agar Allah mempermudah urusan kami sekeluarga!
Dr amira masuk ke dalam bilik saya..peluh mula membasahi muka saya..rasa takut yang amat sangat..pada masa ini...semua pengharapan hanya pada Alla
MASYAALLAH..SUBHANALLAH...THE BABY DESCEND!!! THIS IS VERY GOOD..INSYAALLAH AFIFAH WILL DELIVER NORMALLY...
hampir bercucuran air mata saya..tidak disangka-sangka..2 hingga 3 peratus itu jatuh pada kami sekeluarga..alhamdulillah..
6 PM : seorang nurse datang pada saya dan menghulurkan scrub..katanya dr amira suruh masuk OR..baby dah hampir keluar..
Alhamdulillah...pada jam 6 petang 6 hb 6 2012 bersamaan 16 Rejab..seorang lagi mujahid lahir ke dunia!
dengan alunan azan dan iqamat saya menyambut kehadiran Muhammad Ammar ke dunia
Abu Ammar
16 jun 2012
Sunday, 29 April 2012
cerita orang mesir pilih pemimpin
Naik teksi merupakan satu lumrah kehidupan para pelajar di mesir.setiap kali menaiki teksi..ada 2 perkara yang akan berlaku.sama ada duduk diam mengelamun atau berbual bicara dengan si pemandu.
dulu-dulu,hanya perkara simple-simple saja yang di bualkan...namun kini setelah 6 tahun di sini, dan berkeupayaan untuk bertutur serba sedikit,saya lebih gemar bertanya perihal politik..siapa calon pilihan mereka..parti mana yang mereka sokong
terus terang saya katakan saya orang yang menyokong kuat gagasan ikhwan muslimin.jadi setiap kali saya berbual dengan pemandu teksi,sudah pasti saya akan teruja jika mereka suka atau mengundi sayap politik ikhwan iaitu parti kebebasan dan keadilan.
namun hati saya mulai resah sedikit kebelakangan ini,setiap kali di tanya kebanyakkan pemandu teksi.mereka menjawab, AMR MOUSSA..kadang kala AHMAD SYAFIQ..pelik,sungguh pelik sekali..
tidak pula kedengaran undi mahu diberikan pada MOHAMMAD MURSI atau ABOUL FUTOUH mahupun DR SALIM AWA..
ditanya kenapa mereka sokong golongan-golongan sekular ini
katanya cuma satu..MEREKA TAHU POLITIK..
saya tidak pasti dari mana sumber mereka..
namun,cuma satu konklusi saya buat masa ini,orang mesir jarang membaca,tidak mahu memahami sesuatu perkara,mungkin lebih suka mendengar berita..
mungkin juga kerana media di mesir yang berat sebelah,semua cerita seolah-olah calon-calon sekular itu lah yang terbaik dan calon islamis semuanya dungu belaka!
apa-apa pun.kita doakan yang terbaik buat mereka
saya doakan agar calon islamis menang pilihanraya nanti
Allahu musta'an
Friday, 2 March 2012
setahun sudah berlalu
Saturday, 31 December 2011
kaki kecil mu
Tuesday, 27 December 2011
im back?
hahaha..
its been a while..nope..its been a long while since i last updated this blog
its not really about nothing to write or my life is getting boring..never ever.
its just im not the the mood..peh..10 bulan tiada mood
people change, so do i..
life of course getting better after i've married..
more responsibities yet there always sweetness in it..
nowadays it seems that am thoroughly engaged in politics..
bukan nak bertanding,just ive done lots of reading..to get some grip..
im not keen to share everything with the other,not yet...
but the way the politics are going right now...its not good..
not good at all...
POLITIK LONDEH MELONDEH...
anyhow..of course the always light at the end of a tunnel..
apa?
i'll tell you guys later
till then,
wasalam
Thursday, 2 June 2011
the president to be?
To what extent does your religion help shape your world view?
Not much, as much as any religion. To me religion is the core values [with] which I felt as comfortable Christians, with Buddhists, with Jews. I don’t see much difference. [...] Egypt at that time was multi-cultural. I remember I used to play squash. I bought the equipment from a shop that was run by Australians. My father used to go rowing and his trainer was an Italian. My mother used to go to a tailor, "Madame Euphegine", she was French. My parents used to buy me toys from a shop, Mr. Zak, who was Jewish. Egypt was in a way was very much, religion was not something people talked about. [...] But, religion to me, at that time, and continues to be, it’s a good guiding set of principles which I share with everybody else. My daughter’s husband is British, my first girlfriend was Jewish. I never really felt that religion is a major factor I have to take into account.
Excerpts from an Interview with Dr. Mohamed ElBaradei on Sept. 7, 2007
Thursday, 19 May 2011
buat bakal suami
SAAT LAFAZ SAKINAH
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
p/s :silap-silap boleh menitis air mata
Wednesday, 16 March 2011
nasihat mak njang
apa-apa pun..kamu kena utamakan mak kamu..
bagi seorang lelaki..mak no 1..isteri no 2..
jangan lupa..
jaga mak elok-elok..
orang perempuan lain..
suami no 1,mak no 2..
-mak njang sariah
Saturday, 26 February 2011
kasih sayang

esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
di dalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut bersimpul mati
batang selasih permainan budak
daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan
kalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga
Monday, 14 February 2011
Thursday, 13 January 2011
aku sayang melayu?
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Thursday, 6 January 2011
at times
sila bertenang..
ambil nafas dalam-dalam
ingat Allah selalu
banyakkan senyuman
ceria-ceria selalu..
orang yang sedih sokmo..cepat tua...hahaha
go din go!!!!
Wednesday, 29 December 2010
already told myself again and again
just forget about it..
how many times you should remind yourself din..
do not put too much expectation
well..you know what im fussing all about..dont you?
duh
Tuesday, 28 December 2010
Saturday, 25 December 2010
Sunday, 19 December 2010
Friday, 17 December 2010
sakit hati ke?
cuma nak kongsikan sebuah cerita
yang rasanya common je cerita ni..
and maybe ada version lain..haha
tak apa lah..nak kongsi jugak.
so once upon a time..haha
in a galaxy far far away..
tinggal seorang budak dengan ibu dia
budak ni terkenal la dengan sikap dia
suka SAKITKAN HATI orang lain..
jadinya..mak dia pun fikir la macam mana nak ubati anak dia ni
sebab ramai sangat orang yang mengadu..
jadi nak jadikan cerita..
suatu hari..
si ibu pun panggil la anak dia..
"anakanda..ibunda selalu dengar..yang anakanda selalu sakitkan hati orang lain,kenapa buat macam tu?"
"ala ibu..saje la..seronok apa tengok orang lain..nak tengok reaksi diorang..dah lama lepas tu anakanda minta maaf la balik..diorg pun maafkan ape"
"owh i see..macam ni la anakanda,apa kata..lepas ni..kalau anakanda sakitkan hati siapa-siapa..anakanda ambil satu paku..then paku kat dinding..satu orang sakit hati..satu paku..boleh?"
"boleh je"
"then bila anakanda minta maaf,cabut semula paku tu..ok?"
"okay..mudah je"
so selepas sebulan,ada la dalam 7 ke 8 paku kat dinding tu..tapi selang beberapa minggu..semua paku pun hilang semula..
jadi ibu dia panggil semula anak dia..
"anakanda,ankanda...cuba anakanda tengok..apa yang anakanda boleh nampak kat dinding tu?"
"obvious kot ibu..banyak lubang la..haha..easy"
"haa..that's what im talking about..you see..bila anakanda sakitkan hati orang..then anakanda ingat semua dah selesai when you ask for forgiveness..tak semudah tu sayang..hati yang terluka..akan sentiasa ada parutnya..macam dinding your room jugak..penuh dengan lubang-lubang..you get it?"
"aah la ibu..seriously anakanda tak pernak terfikir pun sebelum ni..okay,okay...i got it..terima kasih..lepas ni anakanda tak buat dah..janji"
ok itu saja ceritanya..
saja cerita ni di tulis dalam bahasa yang 'power' untuk menjadikannya lebih santai..
moga pengajarannya sampai
have a nice day..
('',)
Monday, 22 November 2010
penat gile..
wow
sebulan lamanya meninggalkan blog ni...NICE
tapi ada jugak yang datang melawat
minta maaf lah..tak ada pengisian apa2..
sibuk??
emmm...i think so
sebulan dua yang terkebelakang ni..
rasanya..semua orang pun sibuk..
setuju?
kelas dari pagi sampai petang..
malam ada yang ada kelas arab lagi..
kire full la sepanjang hari..balik rumah je
mesti kita fikir satu benda yang sama
nak REHAT...
ke tak??
hebat la siapa-siapa yang tak rase nak berehat ni..
salute!!!
macam-macam cara rasenya kita berehat
ada yang balik rumah terus tengok movie
ada yang balik rumah terus main game
ada yang balik rumah terus chatting
betul ke kalau buat benda-benda ni kita berehat..hehe
ada masa..lepas buat benda-benda ni..lagi penat ada la
betul tak??
apa kata kita tengok dari sirah..kalau rasullullah SAW penat baginda buat apa ya agak-agak?
kalau kita cari..macam-macam la kita akan jumpa..cara rasulullah berehat ni..
tapi ada satu ni..yang betul-betul buat hati ni terkesan :)
ape??
sabda Rasullullah SAW yang bermaksud..
“Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang)”
(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)
dari sini..secara mudahnya..apa yang kita dapat faham..Rasullullah berehat dengan solat..tapi kita rehat dengan....???
sama-sama la kita muhasabah diri kita
im not saying that apa yang kita buat selama ni totally wrong..
cumanya..kan lebih baik sekiranya kita sentiasa mencontohi Rasullullah..
('',)
itu saja buat masa ni
terima kasih kerana sudi membaca...
have a nice day
buat yang bakal exam
robbuna yusahhil
take care..
Wednesday, 20 October 2010
berfikir sebelum bertindak
tajuk post ni..nampak macam simple je bunyi nya..
but really..i need all of you..to take some time and think about it..
again..ayat simple..tp maksudnya mendalam..
dulu masa form 2..
ada sorang prefect ni..namenya..AFIFUDIN RAMLI..
he was the one who introduced or taught me about the phrase..
badan tegap..jalan senget sebelah..sebab nak tunjuk dia sase..
sekarang dah jadi MO rasenya..haha
ada satu malam..sebelum karnival antara form 1 dengan form 2
dia cakap..apa-apa pun..BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK..
actually die nak stress point die sebelum tu..
dia tak nak..siapa2 pun dari budak form 2 ni..pergi kacau budak form 1
haha..sekolah semua laki memang pelik
nak dijadikan cerita..
adalah member sorang ni..namenya ainol baddelisyah..
orang cakap tak nak dengar..pergi jugak kacau budak form 1..
jeng3
esok nya..lepas lunch..FUDIN panggil die pegi depan..
tangan kat belakang..kepala tunduk bawah..sambil2 tengah jawab soalan fudin
tanpa disangka-sangka..
dush...amik kau
satu pukulan maut singgah di bahagian abdomen..hah..kan dah kena
terduduk dia senak perut..ada la dalam 30 minit tak boleh nak buat ape..
maklum la..form 5 tumbuk form 2..
itu la...sape suruh TIDAK berfikir sebelum bertindak
lain kali nak buat ape2..fikir dulu baik buruknya..
kalau aku buat macam ni...ape kesannya
kalau buat macam tu pulak..ape kesannya..
benda ni apply dalam setiap perbuatan kita..sampai lah hari ni..
ini yang aku nak stress sebenarnya
kadang-kadang,
ramai antara kita..bertindak tanpa berfikir..
kalau fikir pun..tak fikir panjang..
of course la..over-fikir pun tak boleh jugak..sakit kepala nanti...haha
jadinya..aku cuma nak menasihat je kat sini..
kepada semua yang membaca..
please...
berfikir sebelum bertindak
"THINK BEFORE YOU ACT"
terlajak perahu boleh diundur..tapi kalau terjalak cakap..terlajak buat..terjalak makan..bla3
mana boleh undur balik..
sama-samalah muhasabah diri semula..
suapaya apa-apa yang bakal kita buat pada masa hadapan..tak menimbulkan sebarang masalah..
kalau masalah tu kat diri sendiri tak pe lagi..ini menyusahkan orang lain jugak..memang nice..
haha..itu saja
terima kasih kerana sudi membaca..
have a nice day..
